Sunday, August 9, 2009

salam.....

Alhamdulillah hari ni aku dapat gak jenguk blog aku yang dhoif ni...paling tidak ini lah sahabat setia aku tat kala aku gembira atau pun sedih..biar pun tak de sapa yang sudi membaca malah melempar pendapat mau pun kata semangat...

Namun aku tetap setia...insyaallah selagi mana Allah memberikan aku nafas dan mampu untuk menulis dan berfikir...

Semakin hari semakin banyak benda yang aku perlu hadapi...alhamdulillah aku masih lagi mampu untuk bersabar dan masih boleh lagi menghadapi nya dengan redha...Ini lah dugaan perjalanan hidup yang perlu di lalui ...walau pun perit atau manis..sabar dan tabah itu la kunci nya untuk redha....

Semoga Allah sentiasa bersama ku...sentiasa lindungi aku...Ya Allah...sabar dan tabah kan hati hamba Mu yang terlau lemah ini...tidak kuat rasa nya untuk aku hadapi segala nya berseorangan jika tanpa Mu ya Allah...Aku serah kan segala nya pada Mu..seperti mana ikrar ketika solat ku...

Aku tau ujian demi ujian akan lebih mencabar bakal aku hadapi...namun aku tau ini segala ujian tanda Engkau masih memberikan aku sedikit tempias kasih Mu...aku redha dan aku rela Ya Allah..dari aku di uji ketika senang ku kerana aku tahu itu ada lah tempias kemurkaan Mu buat ku....

ilalliqa`

No comments:

Post a Comment