Monday, July 27, 2009

salam...

Hari ni aku sibuk sikit ngan mengisi borang untuk jawatan kosongkat MAINS.Dah isi pegi pos la plak..kat pejabat pos dah le ramai orang...hari panas Ya Allah sabar je la aku....

Pegi cc aku ingat nak bagi la tengok pic masa TEAM BUILDING tapi aku tak save rupanya kat dalam pen drive aku...tak pe la nanti aku letak ye....

Hari kawan aku kena pegi kursus kat P.D..jabatan yang arah kan..mengenai KAFA.Pelik nya aku tak de lak dapat surat..agak nya orang tu tak nampak nama aku kot.Apa pun selamat berkursus Syidah...he he he jaga diri bebaik...

Anak sedara aku dua-dua mulakan pengajian harini...Selamat menjalani pengajian yang selanjutnya kak long..janagan cbuk ngan cik abang je...buat putri selamat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi...semoga berjaya...lupa kan la kejap cik abang tu....Buat cam induk..he he he dah memang tak de sesapa..waaaa.....Tak pe la kalau dah korang yang jumpa dulu korang jalan dulu nanti induk susul kemudian..agak nya induk punya tak tau dok tang mana...tak jumpa -jumpa lagi.Buat korang berdua jumpa RAYA NANTI.......

Jumaat ni nak pegi kl...sabtu ada DEMO...jom join reramai....rasai lah semangat jihad...

TAKBIR.....


ilallliqa`

Sunday, July 26, 2009

salam.....

Alhamdulillah setelah berhempas pulas akhirnya aku dan kawan - kawan lain berjaya juga melaksanankan program TEAM BUILDING NISA` bagi peringkat Negeri Sembilan.Lebih kurang 30 orang peserta hadir yang terdiri dari pelajar UNITI,SPINS dan yang berkerjaya.Aku bertuah dapat berjabat salam dengan Ketua NISA` MALAYSIA yang baru iye itu DR ROSNI BTE HAJI ADAM.yang menggantikan KAK MASTURA.

Kalau korang nak tau cerita punya cerita,soal punya soal rupa - rupa nya DR ROSNI yang lebih disenangi dengan panggilan KAK ROSNI adalah kawan arwah abang aku dulu.Itu la betapa kecil nya dunia.Apa-apa pun syukran kathirah kak Rosni dan TEAM NISA` MALAYSIA yang sudi turun memeriah kan majlis dan memberikan kami sedikit sebanyak ilmu.Pada Yong NISA` MALAYSIA salam ukhwah.

Pada UMMI FADILAH thanks for your support..seronok sebab UMMI sudi datang menjenguk kami anak - anak yang bakal meneruskan pejuangan UMMI.

Sepanjang berjalannya program kami.Alhamdulillah semua nya berjalan dengan suasana yang begitu meriah...Nak-nak nya masa makan bersama-sama di kawasan pantai.Tak kurang seronok nya semasa riadah...ukhwah kita semakin erat...semoga kita akan menjadi srikandi yang akan meneruskan pejuangan amin.....

Sepanjang 2 hari bersama kita didatangi tetamu perpisahan ...air jernih dari mata mula mengiringi sepanjang ikatan ukhwah yang kita genggami...namun ini bukan lah satu tanda kita akan berpisah selama nya...buat adik - adik UNITI selamat berjuang sebagai pelajar dan juga sebagai generasi pelapis bagi kami kakak-kakak NISA`.Semoga kehadiran kalian akan menjadikan NISA` NEGERI SEMBILAN akan lebih menyerlah dan berjaya menjadi satu TEAM yang berjaya melahirkan seorang PEMIMPIN MUSLIMAH YANG SOLEHAH.amin...

Hari tu juga menjadi kesempatan aku ,nor dan kak iti mengenali dengan lebih dekat.walaupun kami dah kenal lama.terasa hubungan antara kami lebih rapat.Itu la lumrah kehidupan walau pun telah mengenali dengan lebih lama tapi masih banyak yg kita tak tau denagn diri masing -masing...

Aku lom sempat nak bagi korang tengok pic sepanjang kami disana insyaallah nanti aku akan selit kan pic kami ....memang seronok.....Harap-harap kami akan dapat buat lagi program.Doa kan kejayaan kami....

ilalliqa`

Wednesday, July 22, 2009

salam.....

Hari ni kawan aku dari MESIR balik.Selamat pulang ke tanah air ASYRAF.2-3 hari ni memacam benda yang berlaku...sedih pun ada suka pun ada...bulan 10 ni sorang lagi kawan aku akan menamatkan zaman bujang nya.Tinggal aku je.Ya ALLAH bila pula masa ku...Aku sedih namun tak mampu untuk aku lihat mereka yang aku sayang turut sedih.Aku pamer kan jugak wajah ceria ku.seceria yang aku mampu.Namum dalam hati hanya ALLAH yang tahu.

ALLAHHUAKBAR....Aku tau semua ini sementara...samaada aku di temukan di dunia atau di sana nanti...Ampun kan aku YA ALLAH...aku tak bermaksud untuk melawan takdir MU.Namun aku hanya hamba MU yang lemah.

Pada Yan aku doakan agar kau bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.Cepat-cepat dapat baby...he he takleh aku nak bayang kan rupa ko jadi mak ahaks....

Pembaca setia aku dah lama tak dapat baca coretan aku sebab kom dia rosak.Sabar ye kak NAZ..ALLAH nak bagi yang lebih baik tu....



ilalliqa`

Wednesday, July 15, 2009

salam.....

Hari i memacam msj aku dapat...tentang program la....dapat anak cucu la...wah....tua nya aku....dah ada cucu....anak sedara aku nya isteri besalin pagi tadi...aku pun lum nikah..dah jadi nenek.....kira nenek muda la...

Apa yang menarik ek...cam tak de je...cuma keje la yang bertambah-tambah....adoi laaaaaa...

sorilah aku memang tak de benda nak cita ni bekulak rasa otak aku ni.

ilalliqa`

Sunday, July 12, 2009

salam.....


Alhamdulillah akhirnya aku sampai jugak aku menjejakkan kaki ke Manek Urai....Memang seronok berada di sana..cuma aku tak dapat lama sebab tanggunjawab aku pada anak-anak didik ku di tempat ku kena laksanakan..namun aku berdoa agar para pejuang yang berjuang di negeri serambi mekah akan beroleh kejayaan....





Aku agak teruja melihat pabila gelombang hijau di sinari cahaya bulan berkibar di sepanjang perjalanan masuk ke perkampungan SG SOK.Aku dan sahabat-sahabat lain menginap di rumah kak pah...syukran kak pah....Aku berpeluang berjabat tangan dengan isteri Dato Husam...aku respect dengan dia tak de lagi aku jumpa seorang isteri pembesar yang sudi setiap minggu turun ke kampung 2 mengajar penduduk memasak dan menjahit...TAHNIAH.







Aku di sana berpeluang bertemu dengan seorang nenek yang berusia 95 tahun yang solat 5 waktu nya bersolat di masjid.aku memang tekejut campur bangga campur respect...pada nenek tu...ni pic nya...ni kat umah dia....maaf gelap skit nenek tu pakai tudung merah


Balik tu aku ikut terengganu...sempat gak la aku snap gambar ini....

ini je la yang sempat aku bagi korang tengok...aku kat cc ni ...jap lagi nak pegi ngaja...
okey la nanti aku bagi tau korang lagi ek....
ilalliqa`.


Wednesday, July 8, 2009

Salam....

Hari ni aku tumpang on line kat umah abang aku...apa tak nya aku dah bosan dah nak tunggu jam 2 nak pegi ngaja...konon nya nak menjahit kat umah kak ita,pegi umah dia aku tengok dia tak da...tu yang aku terus pegi umah abang aku....

Petang esok aku akan berangkat ke Kelantan....doa kan aku selamat sampai ke sana...Aku akan ke Manek Urai...Salam perjuangan buat penduduk Manik Urai...

Okey la nanti apa - apa berita aku bagi tau korang semua aku akan amik pic sekali....Takbir.....semoga pejuang kebenaran Islam akan berjaya amin....


salam perjuangan.....



ilalliqa`

Sunday, July 5, 2009

salam....

Hai semua hari ni aku cam biasa masih dalam situasi bercuti..almaklumla...gatal-gatal kat badan masih ada..namun keje kene wat gak...baru berapa helai je aku dapat potong kain..hari anta jahit tepi..kene ansur buat nanti tak siap baju orang baru betul..dah la thn ni ramai customer baru so kene wat yang terbaik....

Aku dah mula cangkul 2 tanah ahai...konon nak bekebun lah..bekalan bulan ramadhan..makan sayur2 tanam sendiri..baru ade khasiat...nanti kalau pokok aku menjadi aku bagi tengok kat korang tapi kalau tak menjadi aku bagi tengok batas je ahaks....

Ok la aku nak sambung menjahit...risau ni ini pun dah hampir 20 pasang aku terima ni..akan datang takut betambah lagi...tapi aku dah masuk ramadhan aku tak terima dah...aku nak tumpu pada ramadhan cuma samping tu aku jual kueh lak ahaks...semua ni tak leh nak elak..dah minat la kata kan...pusing 2 pun tetap gak beniaga.

okey la....

ilalalliqa`.

Thursday, July 2, 2009

salam....

ahri ni macam biasa aku ngaja..nak jadi kan cerita pagi ni sampai je kat sek aku tengok lengan aku ada bintik 2 merah...haru gak aku..aku dah nekad pas je kelans aku nak p klinik.Masa kakak ipar aku jemput anak dai kat sek aku tunjuk tangan aku..dia kata aku kena campak.

Dia suh minum air kelapa muda.patut le aku demam bebaru ni....hari ni plak baru benda ni naik.
Jap lagi kang aku nak pegi sekolah petang lak.dah 2 hari aku tak pegi.demam punya pasal la.

Aku tension tul keje tak dapat2 lagi ni.Ya Allah bila aku nak dapat keje 1 je.ni aku nya keje kene buat 2 dalam 1 masa.penat.

Okey la mood aku pun tak berapa nak baik.demam aku ni masih ada lagi.Doa kan aku cepat sembuh.amin.


ilalalliqa`