Sunday, July 26, 2009

salam.....

Alhamdulillah setelah berhempas pulas akhirnya aku dan kawan - kawan lain berjaya juga melaksanankan program TEAM BUILDING NISA` bagi peringkat Negeri Sembilan.Lebih kurang 30 orang peserta hadir yang terdiri dari pelajar UNITI,SPINS dan yang berkerjaya.Aku bertuah dapat berjabat salam dengan Ketua NISA` MALAYSIA yang baru iye itu DR ROSNI BTE HAJI ADAM.yang menggantikan KAK MASTURA.

Kalau korang nak tau cerita punya cerita,soal punya soal rupa - rupa nya DR ROSNI yang lebih disenangi dengan panggilan KAK ROSNI adalah kawan arwah abang aku dulu.Itu la betapa kecil nya dunia.Apa-apa pun syukran kathirah kak Rosni dan TEAM NISA` MALAYSIA yang sudi turun memeriah kan majlis dan memberikan kami sedikit sebanyak ilmu.Pada Yong NISA` MALAYSIA salam ukhwah.

Pada UMMI FADILAH thanks for your support..seronok sebab UMMI sudi datang menjenguk kami anak - anak yang bakal meneruskan pejuangan UMMI.

Sepanjang berjalannya program kami.Alhamdulillah semua nya berjalan dengan suasana yang begitu meriah...Nak-nak nya masa makan bersama-sama di kawasan pantai.Tak kurang seronok nya semasa riadah...ukhwah kita semakin erat...semoga kita akan menjadi srikandi yang akan meneruskan pejuangan amin.....

Sepanjang 2 hari bersama kita didatangi tetamu perpisahan ...air jernih dari mata mula mengiringi sepanjang ikatan ukhwah yang kita genggami...namun ini bukan lah satu tanda kita akan berpisah selama nya...buat adik - adik UNITI selamat berjuang sebagai pelajar dan juga sebagai generasi pelapis bagi kami kakak-kakak NISA`.Semoga kehadiran kalian akan menjadikan NISA` NEGERI SEMBILAN akan lebih menyerlah dan berjaya menjadi satu TEAM yang berjaya melahirkan seorang PEMIMPIN MUSLIMAH YANG SOLEHAH.amin...

Hari tu juga menjadi kesempatan aku ,nor dan kak iti mengenali dengan lebih dekat.walaupun kami dah kenal lama.terasa hubungan antara kami lebih rapat.Itu la lumrah kehidupan walau pun telah mengenali dengan lebih lama tapi masih banyak yg kita tak tau denagn diri masing -masing...

Aku lom sempat nak bagi korang tengok pic sepanjang kami disana insyaallah nanti aku akan selit kan pic kami ....memang seronok.....Harap-harap kami akan dapat buat lagi program.Doa kan kejayaan kami....

ilalliqa`

No comments:

Post a Comment