Friday, October 23, 2009

salammm....
kesian nya blog aku ni..lama dahaku tak menjengok nya...lagi pun tak de sapa yang sudi singgah..aku pun malas nak menjengok sangat...masa tak de...nanti la ade masa aku bagi blog aku ni hensem n aku update....

Sunday, September 27, 2009

BERAKHIR NYA RAMADHAN YANG DI RINDU

Alhamdulillah....sempurna sudah ibadah puasa yang di lalui dengan penuh kesabaran..hari raya pun telah diraikan dengan serba sederhana...tahun ni alhamdulillah semua keluarga ku berkumpul kecuali abg ku yang sulung...ini kerana dia meraikan hari raya di negara isteri nya di Brunei.Namun suasana hari raya tetap jugak meriah...

Tahun ni aku ngan 2 anak sedara ku pegi menunaikan solat sunat aidilfitri sama-sama...ermmm seronok jugak...rai yang aku jumpa...tapi aku menjadi pandangan dari setiap mata..apa taknya sekarang aku lah bakal menjadi bahan cerita sebab aku yang tak nikah lagi...kawan aku dah pun selamat jadi isteri orang...sesekai hati ku merasai kesedihan nya..namun hidup perlu diterus kan...apa pun orang nak cakap aku tak peduliu...janji aku hepi dan tak susahkan orang lain....

Raya thn ni semua sedara aku datang...memang meriah lah.....

Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN TIBA LAGI.................

SALAM...

Alhamdulillah hari ni aku dapat juga menziarahi blog yang serba dhoif ni...hari ni dah 9 hari berpuasa..alhamdulillah aku masih lagi di berikan peluang untuk mengecapi nikmat dan Rahmat di bulan Ramadhan....

Aku seronok sangat Ramadhan kali ni tak seperti sebelum ni...aku sendiri tak tau kenapa..tapi rasa bahagia..ini kah yang di kata ramadhan yang di berkati..namun akubimbang jika apa yang aku laku kan tak di terima...Ya Allah semoga Engkau terima segala nya..jadi kan segala yang ku laku kan sebagai ibadah..amin....

Aku seronok ketika di Pematang Pasir...bersama -sama berjuang untuk memastikan mereka - mereka yang mahukan kemenangan bagi penengak agama Islam terus kukuh.Alhamdulillah kemenagan berpihak pada kami..TAKBIR....

ini sedikit sebanyak bingkisan buat tatapan...terima kasih pada makngah yang sudi memberikan kami tempat untuk berteduh selama 5 hari 4 malam....seronok bersama mak ngah,syidah,kak fadilah dan semua saudara-saudara seislamku yang baru aku kenali semoga ukhwah ini akan berterusan dan semoga kita dapat bersama lagi untuk memastikan kemenangan kita.amin....



ilalliqa`

Tuesday, August 18, 2009

salam.....

Hari ni macam minggu 2 yang sebelum nya...tiap hari rabu aku cuti he he ....yang paling seronok bila tiba nya musim cuti sekolah hureyyyyyyyyyyyyyy......tapi tahun ni jatuh nya pada bulan ramadhan ermmm...sedikit penat la apa tak nya lepak kat umah je...tapi tak jugak lepak ...orang dah mula hantar tempahan ni..sama ada baju atau pun kuih...wah tak sanggup ni....tapi nak wat cam ne kene pulun juga...

Apa pun tahun ni aku nak jugak khatam AL QURAN dan solat tarawih...harap - harap ALLAH bagi cuti lambat la aminnnnnn.............

Aku harap Ramadhgan kali ni aku akan lebih istiqamah dan dapat sempurnakan ibadah dengan keimanan dan ketaqwaan..itu salah satu azam aku.

ilalliqa`

Sunday, August 16, 2009

salam..

Hari macam biasa aku keje..cuma kurang sedap la badan aku ni apa tak nya tekak aku sakit balik la...malas tul aku nak makan ubat...tapi kene redha ni semua salah satu penghapus dosa amin....

tinggal beberapa hari je lagi dah nak sambut RAMADHAN...hari khamis ni kat surau rumah aku nak wat kenduri skit...ermmm...tak sabar rasa nya dapat berkumpul adik beradik...

22 hb ni aku nak ke pematang pasir...doa kan kami berjaya...takbir..allah hu akbar......

apa pun aku nak ucap selamat berpuasa semoga ramadhan kali ni akan kita isi dengan lebih banyak amal ibadah dan lebih istiqamah lagi....


insyaallah sebelum berangkat ke permatang pasir aku akan ziarah dulu blg ku ini....


ilaliqa`

Thursday, August 13, 2009

salam....

ini lah kata-kata terakhir dari ustaz ASRI





"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."


Semalam pergi nya seorang penasyid yang sangat di kagumi dari segi akhlak mau pun suara nya...pergi nya menemui pencipta yang MAHA AGUNG...pergi nya ke negeri yang abadi...menitis air mata ku membaca bait kata - kata terakhir dari blog nya...begitu la pabila hamba Allah yang tawadhu`tat kala izrail semakin hampir kau masih lagi meminta untuk menatap bait kata cinta dari kitab ALLAH ,tapi sayang tak berkesempatan.Jangan bimbang sudah pasti ramai yang mengalunkan bisikan kalimah keramat dari kitab ALLAH buat mu...terfikir sejenak aku...mengapa aku tidak berfikiran sepertinya..betapa dia mementing kan akhirat walau pun tugas nya di kelilingi pelbagai manusia yang masih dhaif dengan urusan dengan MAHA ESA....Bersemadilah dengan aman wahai pencinta dakwah walau belainan cara namun tetap kerana ALLAH...

Ustaz Asri....masih aku teringat sewaktu aku menghubungi mu dahulu memberitahu tentang pemergian abang kesayangan ku yang merupakan rakan seperjuangan mu...kau terdiam sejenak mendengar berita dari ku...semalam sewaktu aku mengetahui tentang pemergian mu hati ku bagai kan ditarik pada siapa ingin aku beritahu untuk berkongsi sedih atas pemergian mu...aku masih teringat dengan senda gurau mu sebagai seorang yang peramah sewaktu aku menjadi salah seorang tetamu di perkampungan di SUNGAI SERAI.Sememang nya kau seorang yang serba sederhana...masih terbayang kau datang dengan motor dan berjubah hitam...senyuman yang tak pernah lekang dari bibir mu...memang kau sangat di senangi...pemergiaan mu tiada ganti nya...Semoga anak dan isteri mu sabar dan tabah dengan ujian ini..

Hari ni aku dah ok skit dah semalam aku demam boleh la tahan....dapat mc 2 hari...redho ini semua ALLAh nak hapus kan dosa.amin mudah mudahan..cuma kecewala tak dapat nak baca yassin tuk ustaz asri cuma dapat sedekah FATIHAH untuk dia....

okeh la aku naktengok f.s aku plak...kepala ni rasa berat lagi ni...perut lak meragam je...malam ni ada meeting lak...Semoga ALLAH jadi kan tugas ku ini sebahagian dari ibadah ku..amin....


ilalliqa`

Sunday, August 9, 2009

salam.....

Alhamdulillah hari ni aku dapat gak jenguk blog aku yang dhoif ni...paling tidak ini lah sahabat setia aku tat kala aku gembira atau pun sedih..biar pun tak de sapa yang sudi membaca malah melempar pendapat mau pun kata semangat...

Namun aku tetap setia...insyaallah selagi mana Allah memberikan aku nafas dan mampu untuk menulis dan berfikir...

Semakin hari semakin banyak benda yang aku perlu hadapi...alhamdulillah aku masih lagi mampu untuk bersabar dan masih boleh lagi menghadapi nya dengan redha...Ini lah dugaan perjalanan hidup yang perlu di lalui ...walau pun perit atau manis..sabar dan tabah itu la kunci nya untuk redha....

Semoga Allah sentiasa bersama ku...sentiasa lindungi aku...Ya Allah...sabar dan tabah kan hati hamba Mu yang terlau lemah ini...tidak kuat rasa nya untuk aku hadapi segala nya berseorangan jika tanpa Mu ya Allah...Aku serah kan segala nya pada Mu..seperti mana ikrar ketika solat ku...

Aku tau ujian demi ujian akan lebih mencabar bakal aku hadapi...namun aku tau ini segala ujian tanda Engkau masih memberikan aku sedikit tempias kasih Mu...aku redha dan aku rela Ya Allah..dari aku di uji ketika senang ku kerana aku tahu itu ada lah tempias kemurkaan Mu buat ku....

ilalliqa`