Thursday, August 13, 2009

salam....

ini lah kata-kata terakhir dari ustaz ASRI





"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."


Semalam pergi nya seorang penasyid yang sangat di kagumi dari segi akhlak mau pun suara nya...pergi nya menemui pencipta yang MAHA AGUNG...pergi nya ke negeri yang abadi...menitis air mata ku membaca bait kata - kata terakhir dari blog nya...begitu la pabila hamba Allah yang tawadhu`tat kala izrail semakin hampir kau masih lagi meminta untuk menatap bait kata cinta dari kitab ALLAH ,tapi sayang tak berkesempatan.Jangan bimbang sudah pasti ramai yang mengalunkan bisikan kalimah keramat dari kitab ALLAH buat mu...terfikir sejenak aku...mengapa aku tidak berfikiran sepertinya..betapa dia mementing kan akhirat walau pun tugas nya di kelilingi pelbagai manusia yang masih dhaif dengan urusan dengan MAHA ESA....Bersemadilah dengan aman wahai pencinta dakwah walau belainan cara namun tetap kerana ALLAH...

Ustaz Asri....masih aku teringat sewaktu aku menghubungi mu dahulu memberitahu tentang pemergian abang kesayangan ku yang merupakan rakan seperjuangan mu...kau terdiam sejenak mendengar berita dari ku...semalam sewaktu aku mengetahui tentang pemergian mu hati ku bagai kan ditarik pada siapa ingin aku beritahu untuk berkongsi sedih atas pemergian mu...aku masih teringat dengan senda gurau mu sebagai seorang yang peramah sewaktu aku menjadi salah seorang tetamu di perkampungan di SUNGAI SERAI.Sememang nya kau seorang yang serba sederhana...masih terbayang kau datang dengan motor dan berjubah hitam...senyuman yang tak pernah lekang dari bibir mu...memang kau sangat di senangi...pemergiaan mu tiada ganti nya...Semoga anak dan isteri mu sabar dan tabah dengan ujian ini..

Hari ni aku dah ok skit dah semalam aku demam boleh la tahan....dapat mc 2 hari...redho ini semua ALLAh nak hapus kan dosa.amin mudah mudahan..cuma kecewala tak dapat nak baca yassin tuk ustaz asri cuma dapat sedekah FATIHAH untuk dia....

okeh la aku naktengok f.s aku plak...kepala ni rasa berat lagi ni...perut lak meragam je...malam ni ada meeting lak...Semoga ALLAH jadi kan tugas ku ini sebahagian dari ibadah ku..amin....


ilalliqa`

1 comment:

  1. DariNya kita datang,kepadaNya kita akan kembali..
    AL Fatihah untuk Allahyarham ustaz Asri..

    ReplyDelete